Contoh Soalan-Soalan Temuduga Kerajaan

Berikut antara soalan-soalan yang pernah ditanyakan oleh penemuduga bagi temuduga kerajaan. Bagi calon-calon yang akan mengikuti temuduga boleh siap sedia dengan soalan berikut yang mungkin akan ditanya kepada anda.

  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda.
  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  11. Mengapakah patut kami memilih anda?
  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Anda juga boleh bersedia dengan perkara-perkara yang patut anda hindari semasa temuduga. Klik di sini.

Buat persediaan awal sebelum temuduga dan boleh dapatkan rahsia lulus temuduga kerajaan sekarang.

Hindari Perkara Yang Akan Menggagalkan Temuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

 

Sering dipanggil menghadiri temuduga di sektor awam, tapi dapatnya tak pernah sekalipun. Apakata cuba baca panduan rahsia lulus temuduga kerajaan.

Selamat berjaya.

3 Cara Bersaing Dengan Pesaing Anda dan Menang

Oleh Irfan Khairi

google-vs-facebookApabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1 : Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik

Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginkan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layanilah mereka dengan penuh kemesraan. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, baikilah dengan segera dan sebaik mungkin. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu faktor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran “fast-food” mendapat permintaan yang begitu tinggi! [Read more…]

Persediaan Awal Menghadiri Temuduga

panduan-menghadiri-temudugaBismillah..

Perkongsian hari ini berkenaan tips dan panduan menghadiri temuduga supaya anda sentiasa bersedia dan berpeluang cerah untuk menjawat jawatan yang diidamkan.

Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga. Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:

  1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini ialah:
  2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.
  3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih.

[Read more…]

Sinergi Dengan Allah Dalam Segala Perkara

sinergi-dengan-AllahBismillah.

“Orang yang kita sayang, belum tentu mampu sayang kita sebagaimana kita sayang dia. Namun insya-Allah orang yang sayang kita, mampu jaga kita sebaiknya. Malah mungkin, menyayangi kita lebih daripada dirinya. Justeru, pilih orang yang sayang kita. Insya-Allah kita akan dijaga sebaiknya.”

Sebaik-baik pewaris adalah Allah.

Andai di saat kita sakit, ibu kita sanggup datang kepada kita daripada jauh, namun kasih sayang Allah terhadap kita lebih daripada itu.

Andai di saat kita terluka, tiada orang lain yang lebih memahami hati kita selain daripada Allah.

“Tidak pernah kecewa orang yang bercinta kerana Allah.” – Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di Seminar Baitul Muslim 3.0

Kadang-kadang, Allah tak cakap pun Dia sayang kita. Namun, kita dapat menilai daripada nikmat yang Allah beri.

Apabila kita minta kekuatan, Allah beri ujian, agar dengan itu kita jadi orang yang kuat.

[Read more…]